Jauh di lubuk hatinya..

20 07 2011

 

“Siang malam aku fikirkan tentang dirimu. Ya…siang hingga ke malam, juga pagi dan petang. Bayangan wajahmu seringkali muncul didepanku. Tiap detik itu terlalu lama untukku menunggumu. Aku percaya, akhirnya..kita akan disatukan. Di atas lafaz cinta..kerana ingin melengkapkan satu lagi ‘fasa’ ke arah menuju satu cita yang agung.”

” Aku pun tidak segera sedar. Pantas sungguh diriku berubah. Berubah? “

Ya..berubah dari seorang yang dahulunya bisa fokus dan bual bicaranya penuh dengan kata-kata tawjih yang ‘mengesani’. Kini,tidak lagi seperti itu. Ia, benar dirinya masih lagi kelihatan fokus dan penuh ‘hamasah’, tapi kalam tawjihnya hilang ‘umpph’…lafaznya dengar seperti sama, tapi ia seolah tidak mengena. Biarpun jika melihat pada ‘fizikal’ kata-katanya atau tulisannya, tampak bayangan seorang ‘rijal’…tapi jauh di lubuk hatinya, dia sendiri yang tahu. Apa yang telah berubah.

Jika dahulunya dia katakan pada dirinya..”Usah sesekali benarkan dirimu terjebak ke perbuatan itu”..atau sesekali dia akan isytiharkan pada orang-orang terpercaya di seklilingnya. Ibarat gendang yang dipalu sekuat-kuatnya untuk memanggil manusia berkumpul mempercayainya…tapi pabila orang-orang itu sudah berkumpul, melihat isi gendang itu kosong tidak berisi rupanya. Biarpun pekikan, laungan, teriakannya kedengaran nun hingga ke seantero dunia.

Kadang-kala pabila sudah keletihan dari ‘khuruj’ berjumpa objek-objek yang ingin disantuni di luar sana. Dia rebahkan tubuhnya di atas tilam empuk yang menjadi ‘teman’nya dalam alam penerawangan. Sekejap tersenyum simpul, sekejap tersengih, sekejap mengelipkan mata. Boleh jadi selepa daripada semua itu, dia bingkas bangun dan bangkit.

Orang-orang terpercaya di sekelilingya menyangkakan dia ingin ‘berwudhuk’..membersihkan ‘kotoran’ yang ada jauh di lubuk hatinya. Kotoran? Kotoran apa pula ini? Mana mungkin dia ada kotoran..dia manusia suci bersih ibarat potret ‘rijal’. Tapi potret itu kelamaan jadi karat berhabuk. Kena ada orang yang datang tolong cucikan.

Rupanya..dia bukan berwudhuk membersihkan diri. Tapi dia masuk ke alam menerawang itu. Best katanya. Dia pun mulakan pengembaraannya. Tapi..sebentar, kena tajdid niat dahulu. Wah..hebat-hebat.

Mulanya sekejap sahaja katanya. Tapi lama-lama dah makin dilamun asyik. Sering juga dia pun tidak sedar akan apa yang dia ucap dan tulis. Katanya lagi, apa pula tidak boleh. Kami sudah ada ‘ikatan’. Biarpun jauh di lubuk hatinya, dia tahu ‘ikatan’ itu bukan lampu hijau untuk dia. Masih lagi merah, dan bertukar-tukar antara merah dan jingga. Tidak pernah jadi hijau.

Kesudahannya. Orang jenis ini harus muhasabah. Betulkan semula niat awal itu. Langkah yang dimulakn dengan kaki kanan. Penamatnya juga kena dengan kaki kanan. Indah, seronok, asyik itu hanya bila kita dapat didik dan kawal nafsu kita. Nafsu itu sifatnya liar..sekali dilonggarkan ikatannya, ia akan melompat-lompat bebas. Jadi..kenalilah sifat nafus itu. dan didiklah ia.

Nabi s.a.w, insan pilihan Allah untuk menjadi murobbi agung ummat ini, pun Allah utuskan malaikat untuk ‘bersihkan’ nafsu jahat yang ada. Inikan pula kita, yang memang lemah, kita perlukan murobbi..insan yang sentiasa berterusan mendidik nafsu.

Bahtera yang ingin dilayari, mahligai yang ingin dibina, alam kebahagiaan yang ingin dialami…itu semua hanya akan dapat dicapai dengan sebenarnya bila kita letakkan syariat Allah s.w.t sebagai nombor 1 dalam urusan ke arahnya.

Ya..akhirnya anda akan dapat capai apa yang anda inginkan. Tapi..dalam Islam, cara atau bagaimana anda dapatkan sesuatu itu, itulah yang akan menjadi penilaian. Semoga hari-hari mendatang menjadikan insan yang lebih hampir dengan Allah s.w.t.


Actions

Information

One response

21 07 2011
eqwan

Perghhh…

Leave a comment