Dunia ini tiada apa

13 06 2009

1-119256955l

Manusia yang hebat ialah mereka yang paling bertaqwa di sisi Allah s.w.t. Manusia jenis ini, hidup mereka jelas dan tenang. Kehidupan mereka hanyalah untuk Akhirat. Hidup bagi mereka ialah berlumba-lumba mengisinya dengan agenda untuk membahagiakan kehidupan mereka di sana nanti.

Ya, mereka inilah orang-orang yang hebat. Mereka tak ramai. Hinggakan Umar r.a sering berdoa agar digolongkan di kalangan mereka yang sedikit itu. ” Dan hanya sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur “.

Bagi mereka, dunia ini tiada apa yang hebat. Hanya sekadar sebuah tempat persinggahan manusia dalam melangkah menuju ke satu alam yang tiada akhirnya. Kholidina fihaa abadaa. Di sana, semuanya akan kekal selama-lamanya. Sama ada di dalam Syurga, atau Neraka (Mohon dijauhi oleh Allah daripadanya).

berangan

Antara sifat manusia ialah suka berangan. Pasang macam-macam impian. Ingin jadi terkenal. Ada banyak duit. Nak isteri cantik, jelita, rupawan bak bidadari sorga! Jika disebut namanya, semua orang tahu. Itu sifat manusia. Dia nak diri dia lebih hebat daripada orang lain. Siang malam, semua fikir untuk itu.

Manusia jenis ini, jika dia lemah iman. Dia akan sesat dan penat. Sesat sebab dia tak akan sampai ke tujuan asal hidupnya, untuk jadi hamba yang terbaik. Dia lupa tujuan dia diciptakan adalah untuk jadi hamba. Dia asyik sibuk fikir pasal dunia, sampai lupa ibadat.

Dan, penat sebab dia tak akan pernah rasa puas dengan apa yang telah dia miliki. Matanya asyik menjeling pada apa yang ada di tangan orang lain, hanya kerana nak pastikan bahawa apa yang di tangan orang lain itu tidak lebih daripada apa yang di tangannya. Dia akan sentiasa letih, penat, dan habis segala kudrat diri hanya semata-mata untuk itu. Untuk jadi lebih daripada orang lain.

cariduitwk3

Nabi s.a.w pernah berpesan kepada para sahabat baginda r.a, tentang celakanya mereka yang menjadikan hidup mereka sebagai hamba kepada dinar dan dirham. Simbol kepada kemewahan dan harta. Kemaruknya mereka terhadap dunia ini, hinggakan diberi gelaran ‘Abd Dinar dan ‘Abd Dirham. Mereka hanya tunduk, sujud dan patuh kepada segala kehendak dunia. Dunia telah jadi tuhan bagi mereka.

Bukan tak boleh langsung fikir pasal dunia. Cuma, kena beringat lah. Salafus Soleh terdahulu, dah tunjukkan jalan. Mereka letakkan dunia sekadar di dalam genggaman tangan, tapi bukan di hati mereka. Hati mereka hanya fikirkan tentang Akhirat. Kerana Akhirat itulah ‘dunia’ sebenar bagi mereka. Hati mereka telah diikat dengan Akhirat. Dunia ini tiada apa.

Saya berdoa kepada Allah s.w.t, agar hati saya sentiasa diikatkan dengan Akhirat yang kekal, bukan dengan dunia yang sementara. Ya, Allah berikanlah aku kekuatan. Ameen.

Advertisements

Actions

Information

5 responses

13 06 2009
rdhanz

Ameen ya Rabb!

13 06 2009
Ahmad Fauzee

Semoga dijauhi dari tipu daya syaitan dan dunia…

13 06 2009
Abu Hamzah

Semoga Allah s.w.t menjadikan kita daripada kalangan mereka yang akhirat sebagai humum utama…

17 06 2009
Dr.Anas MA

jzkk akhi
pengisian yg tepat skali ntuk mengubat hati2 para dai’e.
thanks for all d advices n taujihat
lots of prayers for ikhwah2 alex yg bakal exam final.
semoga Allah redha dengan jihad akademik kami

6 08 2010
aRyLL

Takbir!!! Allahuakbar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: