Antara obses kepada dunia atau akhirat?

5 12 2009

Salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini. Agak sukar untuk saya memberikan alasan kenapa ‘tersangkut’ agak lama daripada menulis. Mungkin alasan ‘sibuk’ itu pilihan jawapan terbaik buat saya. Saya sendiri masih ‘tercari-cari’ rentak untuk kembali menulis.

Ya, memang tak mudah untuk istiqamah dalam sesuatu amal. Apapun, saya cuba untuk selepas ini, agar tidak terlalu ‘tergantung’ daripada entri baru, sebab memang susah nak mula semula!

Ok. Cukup sekadar itu sebagai mukadimah semula saya.

Antara sedar atau tidak, sedang kita melalui kehidupan ini, semuanya berpandukan kepada obses kita. Ya, obsesi. Atau dengan bahasa lain, kita ni ‘gila’ untuk apa? Apakah yang menjadi idaman atau kahyalan kita siang dan malam?

Apa dia ‘agenda besar’ dalam hari-hari yang kita lalui? Apa dia kutamaan dalam setiap detik hidup kita? Kerana ini semua akan mencorakkan ke mana hala tuju hidup kita nanti.

Rasulullah s.a.w telah memberi pesanan yang sangat ‘dalam’ buat kita akan hal ini.

Barangsiapa yang menjadikan Akhirat sebagai obsesinya (keutamaan), pasti Allah akan menjadikan hatinya rasa cukup, melancarkan segala urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan barangsiapa yang menjadikan Dunia sebagai obsesinya, Allah akan menjadikan rasa tidak cukup itu di antara kedua matanya, menunggang-terbalik segala urusannya, dan tidak akan ada baginya daripada dunia melainkan sekadar apa yang ditakdirkan“.(Riwayat At-Tirmizi)


Orang yang menjadikan akhirat sebagai perkiraan hidupnya, akan hidup di dunia dengan tenang, tanpa ada rasa gelisah. Dia tidak melihat dunia melainkan sebagai peluang untuk beramal soleh, medan perlumbaan dalam melakukan kebaikan.

Sebaliknya, mereka yang mengejar dunia dan segala isinya. Sehinggakan saat hendak tidur pun masih terfikir-fikir untung rugi dunia yang dia perolehi, tanpa sedikitpun merasakan dirinya kelak akan menuju ke destinasi akhir, iaitu Akhirat.

Manusia jenis ini, hatinya telah diikat rapi dan kemas dengan dunia dan segala kemewahannya. Tidak ada jalan keluar, melainkan dirinya perlu menanam rasa cinta kepada Akhirat. Agar dirinya tidak terus tenggelam dalam hanyutan kegelapan.

Pesanan ini lebih saya tujukan, kepada diri saya dan mereka yang rapat dengan saya, ahli keluarga, isteri tercinta dan khasnya buat rakan-rakan seperjuangan yang memilih untuk menjadi Daie di atas Jalan dakwah ini.

Tanyalah semula diri kita, ke mana sebenarnya ingin kita bawa diri kita terlebih dahulu sebelum kita sibuk untuk menyeru manusia lain. Jika tidak, nanti kita akan terkial-kial untuk ‘membahasakan’ seruan Akhirat sedangkan hati kita masih lagi diikat dengan dunia.

Obseslah kita kepada Akhirat, insya-Allah hati kita akan tenang dan hidup kita akan sentiasa terpandu oleh Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.

Nadi Sikah, Kaherah.
9.30pm

Advertisements

Actions

Information

3 responses

6 12 2009
basyirK

beautiful hadeeth … well said by our prophet.

6 12 2009
Huzaifah

Akhirnya….selepas lama menanti.
Moga Allah letakkan akhirat di hati kita dan dunia di tgn kita…

20 12 2009
fuadi tanta

Salam,ust man kita tu..slmt kembali menulis.mmg payah nk mulakan rentak,apatah lg nk buat irama & lagu..hehe.. lama jgk tak kita tak ketemu,kebetulan artikel ni kluar di web pusat,trus link ke blog enta..A’lillah,permulaan yg basah.firman Allah swt “Ada diantara kamu yg m’kehendaki dunia, dan ada pula diantara kamu yg m’kehendaki akhirat” (ali-Imran) smg kita sama2 istiqomah dlm stiap aspek kehidupan..utk duniawi apatah lg ukhrawi..ambil dunia sekadarnya,utk akhirat yg kekal selama2nya.. doakan ana&semua tu..jumpe mula..wslm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: