Jauh di lubuk hatinya..

20 07 2011

 

“Siang malam aku fikirkan tentang dirimu. Ya…siang hingga ke malam, juga pagi dan petang. Bayangan wajahmu seringkali muncul didepanku. Tiap detik itu terlalu lama untukku menunggumu. Aku percaya, akhirnya..kita akan disatukan. Di atas lafaz cinta..kerana ingin melengkapkan satu lagi ‘fasa’ ke arah menuju satu cita yang agung.”

” Aku pun tidak segera sedar. Pantas sungguh diriku berubah. Berubah? “

Ya..berubah dari seorang yang dahulunya bisa fokus dan bual bicaranya penuh dengan kata-kata tawjih yang ‘mengesani’. Kini,tidak lagi seperti itu. Ia, benar dirinya masih lagi kelihatan fokus dan penuh ‘hamasah’, tapi kalam tawjihnya hilang ‘umpph’…lafaznya dengar seperti sama, tapi ia seolah tidak mengena. Biarpun jika melihat pada ‘fizikal’ kata-katanya atau tulisannya, tampak bayangan seorang ‘rijal’…tapi jauh di lubuk hatinya, dia sendiri yang tahu. Apa yang telah berubah. Read the rest of this entry »





Antara obses kepada dunia atau akhirat?

5 12 2009

Salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini. Agak sukar untuk saya memberikan alasan kenapa ‘tersangkut’ agak lama daripada menulis. Mungkin alasan ‘sibuk’ itu pilihan jawapan terbaik buat saya. Saya sendiri masih ‘tercari-cari’ rentak untuk kembali menulis.

Ya, memang tak mudah untuk istiqamah dalam sesuatu amal. Apapun, saya cuba untuk selepas ini, agar tidak terlalu ‘tergantung’ daripada entri baru, sebab memang susah nak mula semula!

Ok. Cukup sekadar itu sebagai mukadimah semula saya. Read the rest of this entry »





Ini kisah Hud Hud

20 06 2009

asd17

Sewaktu kecil, ayah selalu bawa kami balik ke kampung. Memang seronok, bila dengar nak balik kampung. Lagi-lagi lah saya ni tinggal di bandar. Asyik terkurung dalam rumah, tak pun pergi main di padang atau taman. Tak banyak benda best yang boleh dibuat. Yela, semua keliling bangunan batu.

Tapi saya bukan nak cerita tentang balik kampung. Cuma teringat, sewaktu pergi meredah belukar semak samun belakang rumah Atok di Muar, pernah sekali itu, ternampak burung Hud Hud. Betul ke tu burung Hud Hud? Taktau la saya betul atau tidak nama burung itu Hud Hud. Ada yang kata Belatuk, ada juga yang kata Kingfisher . Takpe tentang itu, kita boleh buat kajian lain. Read the rest of this entry »





Dunia ini tiada apa

13 06 2009

1-119256955l

Manusia yang hebat ialah mereka yang paling bertaqwa di sisi Allah s.w.t. Manusia jenis ini, hidup mereka jelas dan tenang. Kehidupan mereka hanyalah untuk Akhirat. Hidup bagi mereka ialah berlumba-lumba mengisinya dengan agenda untuk membahagiakan kehidupan mereka di sana nanti.

Ya, mereka inilah orang-orang yang hebat. Mereka tak ramai. Hinggakan Umar r.a sering berdoa agar digolongkan di kalangan mereka yang sedikit itu. ” Dan hanya sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur “.

Bagi mereka, dunia ini tiada apa yang hebat. Hanya sekadar sebuah tempat persinggahan manusia dalam melangkah menuju ke satu alam yang tiada akhirnya. Kholidina fihaa abadaa. Di sana, semuanya akan kekal selama-lamanya. Sama ada di dalam Syurga, atau Neraka (Mohon dijauhi oleh Allah daripadanya). Read the rest of this entry »