Ini kisah Hud Hud

20 06 2009

asd17

Sewaktu kecil, ayah selalu bawa kami balik ke kampung. Memang seronok, bila dengar nak balik kampung. Lagi-lagi lah saya ni tinggal di bandar. Asyik terkurung dalam rumah, tak pun pergi main di padang atau taman. Tak banyak benda best yang boleh dibuat. Yela, semua keliling bangunan batu.

Tapi saya bukan nak cerita tentang balik kampung. Cuma teringat, sewaktu pergi meredah belukar semak samun belakang rumah Atok di Muar, pernah sekali itu, ternampak burung Hud Hud. Betul ke tu burung Hud Hud? Taktau la saya betul atau tidak nama burung itu Hud Hud. Ada yang kata Belatuk, ada juga yang kata Kingfisher . Takpe tentang itu, kita boleh buat kajian lain.

Bila sebut Hud Hud, teringat kisah dalam Al-Quran. Surah An-Naml. Ada kisah tentang Nabi Sulaiman a.s dengan burung Hud Hud. Sewaktu di sekolah rendah, apa yang saya faham ialah Nabi Sulaiman boleh cakap bahasa haiwan, dan baginda memiliki seluruh kerajaan di bumi pada waktu itu.

Nabi Sulaiman juga boleh arahkan angin, jin dan air untuk ikut arahan baginda. Masa itu, memang mimpi nak jadi sangat macam Nabi Sulaiman a.s. Biasalah, otak budak-budak. Tahu seronok sahaja.

Bila dah makin dewasa ini, rupanya baru sedar dan faham, bukan itu sahaja kisahnya. Ada mesej lain, yang lebih besar ingin disampaikan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia daripada kisah tersebut. Kisah yang sarat dengan pelbagai pengajaran dan makna tarbawi buat para daie.

Di sini, saya bukan ingin mengkisahkan kesemuanya pasal Hud Hud. Itu, anda boleh buat rujukan sendiri melalui kitab-kitab tafsir yang ada. Tak pun, bertanya kepada mereka yang tahu di sekeliling anda. Saya cuma ingin berkongsi sedikit apa yang saya fahami.

Waktu itu, Hud Hud tidak hadir di perhimpunan rakyat jelata Nabi Sulaiman a.s. Kelibat bayangnya tidak kelihatan. Akibatnya, Nabi Sulaiman a.s telah marah, hinggakan baginda a.s mengancam akan mengambil tindakan tegas terhadap Hud Hud jika di dapati benar ia bersalah kerana ponteng. Sudah pasti, semua yang hadir pada waktu itu, tertanya-tanya, ke mana la perginya Hud Hud ni.

Tapi, rupanya Hud Hud bukan sengaja tidak hadir. Hud Hud ada misi lain pada waktu itu.

hoopoeHud Hud…hanyalah seekor burung.

Apa mesej Allah kepada kita daripada kisah Hud Hud ini?

Ini adalah atas kefahaman saya.

Bahawa Allah seolah-olah inginkan kita, saya, anda dan mereka yang katanya nak perjuangkan Islam ni, ukur usaha kita dibandingkan dengan Hud Hud, seekor burung. Sedangkan kita manusia, makhluk mulia ciptaan Allah. Tugas untuk makmurkan muka bumi ini juga, atas kita. Bukan makhluk lain.

Bagi saya, Kisah Hud Hud ini, bukan kisah biasa. Ia kisah yang penuh makna hinggakan Allah pilih untuk abadikan jasa Hud Hud di dalam kitab-Nya. Subhannallah!

Kita semua kena ingat, bahwa Hud Hud hanya seekor burung. Saiznya juga kecil. Bukan sehebat Helang mahupun Rajawali. Di akhirat kelak, burung tidak akan dihisab. Burung tidak ada buku catitan. Bahkan ketika di dunia lagi, burung tidak terbeban dengan dosa atau pahala. Itulah burung, jauh besar bezanya dengan manusia.

Apa usaha Hud Hud, sampai Allah s.w.t rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran?

Hud Hud telah beri maklumat kepada Nabi Sulaiman a.s tentang adanya sekumpulan manusia yang tidak menyembah Allah s.w.t. di satu kawasan. Akhirnya, dengan maklumat itu, telah berjaya mengislamkan Permaisuri Balqis, Ketua Negeri Saba’ dan kaumnya.

Ya, lihatlah. Seekor burung telah menjadi asbab kepada Islamnya sebuah negara yang Kafir. Maha Besar Allah.

Jika difikirkan, Allah s.w.t Maha Kuasa untuk mewahyukan sahaja kepada Nabi Sulaiman a.s tentang kerajaan Saba’ ini. Tapi, Allah pilih Hud Hud, sebagai asbab untuk memberitahu Nabi Sulaiman a.s tentangnya. Hud Hud bukannya manusia, juga bukan jin. Tapi seekor haiwan spesis burung yang kecil.

Pada saya, inilah antara dalil bahawa dakwah ini, adalah ditegakkan dengan usaha. Usaha umat itu sendiri. Bukannya semata-mata Islam ini agama yang benar, ia akan tegak dengan sendiri. Maka, tugas utama kita adalah mencari asbab, hidayah itu tetap milik Allah s.w.t.

Islam bukan agama magis. Maksudnya, disebabkan Islam itu agama pilihan Allah s.w.t, maka ia akan terus jadi hebat. Tidak. Umat Islam itu sendiri yang bertanggungjawab untuk tegakkan Islam.Inilah kefahaman yang difahami oleh para sahabat r.a dan salafus soleh. Hidup mereka, sepenuhnya untuk dakwah.

Ya, memang benar. Islam pasti akan menang jua akhirnya. Beriman bahawa Islam akan pasti menang , itu sebahagian daripada akidah. Itu saya jelas.

Cuma, persoalannya ialah, apa usaha kita ke arah kemenangan Islam itu? Cup…anda tak perlu sebut pada saya. Saya yakin, masing-masing ada hujah tersendiri.

Apapun, bagi saya, biarlah amal dakwah kita yang bersungguh-sungguh itu menjadi jawapan terbaik untuk membenarkan dakwaan kita, yang katanya nak hidup untuk dakwah. Moga benar kata-kata indah itu.

Ini kisah Hud Hud. Kisah kita bagaimana pula?

Advertisements

Actions

Information

2 responses

2 07 2009
Hazim Azhar

Entry yang menarik, sarat dengan pengajaran. Terfikir alangkah diri begitu rendah sehingga mungkin seekor burung kecil hud hud itu lebih hebat.

23 11 2009
ARD

Hud Hud menrupakan perisik bagi pihak Nabi Sulaiman as dan kebetulan Hud Hud telah dituduh oleh singa tidak menjalankan tugas, banyak main. Hud Hud telah diberi amaran oleh Nabi Sulaiman as untuk menjalankan tugas dengan lebih tekun. Sebab itu Hud Hud telah terbang jauh mencari maklumat dan akhirnya sampai ke negeri di mana rakyatnta menyembah matahari.

Baca kisah seyerusnya dalam buku karangan Ahmad Behjat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: