Antara obses kepada dunia atau akhirat?

5 12 2009

Salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini. Agak sukar untuk saya memberikan alasan kenapa ‘tersangkut’ agak lama daripada menulis. Mungkin alasan ‘sibuk’ itu pilihan jawapan terbaik buat saya. Saya sendiri masih ‘tercari-cari’ rentak untuk kembali menulis.

Ya, memang tak mudah untuk istiqamah dalam sesuatu amal. Apapun, saya cuba untuk selepas ini, agar tidak terlalu ‘tergantung’ daripada entri baru, sebab memang susah nak mula semula!

Ok. Cukup sekadar itu sebagai mukadimah semula saya. Read the rest of this entry »

Advertisements




Dunia ini tiada apa

13 06 2009

1-119256955l

Manusia yang hebat ialah mereka yang paling bertaqwa di sisi Allah s.w.t. Manusia jenis ini, hidup mereka jelas dan tenang. Kehidupan mereka hanyalah untuk Akhirat. Hidup bagi mereka ialah berlumba-lumba mengisinya dengan agenda untuk membahagiakan kehidupan mereka di sana nanti.

Ya, mereka inilah orang-orang yang hebat. Mereka tak ramai. Hinggakan Umar r.a sering berdoa agar digolongkan di kalangan mereka yang sedikit itu. ” Dan hanya sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur “.

Bagi mereka, dunia ini tiada apa yang hebat. Hanya sekadar sebuah tempat persinggahan manusia dalam melangkah menuju ke satu alam yang tiada akhirnya. Kholidina fihaa abadaa. Di sana, semuanya akan kekal selama-lamanya. Sama ada di dalam Syurga, atau Neraka (Mohon dijauhi oleh Allah daripadanya). Read the rest of this entry »