Ini kisah Hud Hud

20 06 2009

asd17

Sewaktu kecil, ayah selalu bawa kami balik ke kampung. Memang seronok, bila dengar nak balik kampung. Lagi-lagi lah saya ni tinggal di bandar. Asyik terkurung dalam rumah, tak pun pergi main di padang atau taman. Tak banyak benda best yang boleh dibuat. Yela, semua keliling bangunan batu.

Tapi saya bukan nak cerita tentang balik kampung. Cuma teringat, sewaktu pergi meredah belukar semak samun belakang rumah Atok di Muar, pernah sekali itu, ternampak burung Hud Hud. Betul ke tu burung Hud Hud? Taktau la saya betul atau tidak nama burung itu Hud Hud. Ada yang kata Belatuk, ada juga yang kata Kingfisher . Takpe tentang itu, kita boleh buat kajian lain. Read the rest of this entry »





Life is like a cup of coffee

14 06 2009

Ada orang kata, bahawa hidup ini ibarat secawan kopi. Ye ke? Mungkin ada juga betulnya.

Tapi, apa pun, saya serahkan pada anda semua untuk menilainya. Pada saya, analoginya ringkas, dan mesejnya jelas. Agar kita sentiasa rileks dan tenang dalam menghadapi apa jua cabaran kehidupan. Sentiasa berfikir positif dan melihat ke hadapan. Susah itu, rukun kehidupan. Anda tidak dapat lari daripadanya.

Yang lebih penting bagi saya, moga indahnya hidup ini ialah dengan merasa bangga dan seronok hidup sebagai seorang muslim. Muslim yang sentiasa benar dan bersemangat untuk membangunkan agamanya. Muslim yang mencintai agamanya lebih daripada yang lain. Dia tahu apa erti hidup yang sebenarnya.

Selamat menonton.





Kerja Orang Muda

7 06 2009

SUN0809 MUS 1.jpg

Bertenaga, bersemangat, pantang dicabar, fikir yang hebat-hebat sahaja. Jika ada perkara yang orang lain tak boleh buat, itulah yang mereka akan buat.

Ya, itu orang muda. Orang muda, muda-mudi atau belia. Anda berilah apa sahaja jenis panggilan pada mereka, mereka tak akan kisah. Bagi orang muda, keseronokan hidup mereka ialah dengan berani mencuba. Mencuba benda-benda yang baru. Benda yang kadang-kadang, tak terfikir pun orang nak buat. Otak mereka biasanya ‘gila-gila’. Read the rest of this entry »