Kerja Orang Muda

7 06 2009

SUN0809 MUS 1.jpg

Bertenaga, bersemangat, pantang dicabar, fikir yang hebat-hebat sahaja. Jika ada perkara yang orang lain tak boleh buat, itulah yang mereka akan buat.

Ya, itu orang muda. Orang muda, muda-mudi atau belia. Anda berilah apa sahaja jenis panggilan pada mereka, mereka tak akan kisah. Bagi orang muda, keseronokan hidup mereka ialah dengan berani mencuba. Mencuba benda-benda yang baru. Benda yang kadang-kadang, tak terfikir pun orang nak buat. Otak mereka biasanya ‘gila-gila’.

Saya juga muda, maksud saya, saya masih dalam kategori orang muda. Cuma, bezanya mungkin ‘muda’ saya sekarang tak boleh nak dibanding dengan zaman muda sewaktu di sekolah menengah dahulu.

Yela, orang kata, zaman tengah baru nak naik. Zaman nak bina identiti. Lebih-lebih lagi saya sekolah di sekolah asrama yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan hutan belukar. Hampir habis setiap ceruk kawasan sekolah yang telah kami terokai. Masa itu, semua seronok nak jadi macam komando.

Ada sahaja projek waktu lapang kami. Daripada acara memikat burung hinggalah ke aktiviti meredah semak-samun untuk mencari port baru. Pernah ada seorang teman, yang sanggup panjat pokok kelapa yang tinggi, semata-mata untuk merasa air kelapa fresh. Huish, dahsyat betul.

n_a1

Pemandangan selepas subuh sekitar kawasan sekolah saya yang tercinta,SMI Hira’ di Jeram, Kuala Selangor. Hampir 7 tahun masa muda saya di sini.

n_a

n_a4

n_a3

Ini  di antara koleksi gambar kenangan saya bersama teman-teman yang pernah ‘mengabadikan’ zaman muda kami di Jeram dahulu.

Kerja orang muda, mereka tak duduk diam. Mereka tak reti untuk duduk saja-saja, tanpa fikirkan sesuatu. Ada sahaja perkara yang akan dilakukan,sama ada secara solo ataupun secara berkumpulan. Siang dan malam, bagi mereka sama sahaja. Kalimah letih atau penat tak wujud dalam kamus hidup mereka. Selagi  kudrat empat kerat masih ada, akan terus digagahi. Yang penting bagi mereka ialah rasa seronok!

Anda bila bekerja dengan orang muda, akan rasa muda. Mereka sentiasa bersemangat tinggi. Sebut buat, mereka terus buat. Sebut tak boleh buat, mereka akan terus merenung ke mata anda dan memberontak. Itu jiwa orang muda. Saya juga masih begitu. Anda juga,mungkin.

Cuma, saya masih tak pasti, ke mana sebenarnya pergi kerja orang-orang muda ini. Sama ada buat kerja baik atau kerja buruk. Itu yang saya masih tak pasti.  Dalam hati , saya tetap nak ajak mereka. Ajak untuk kerja gila-gila naikkan Islam.Kerja sampai penat, sebab rehat baru best bila seluruh badan dah rasa penat. Betul tak?

Islam sekarang bukan lagi di atas. Maksud saya, umat Islam. Kita dah lama jatuh. Lemah, longlai, lesu, tiada cita dan azam, merapu sepanjang masa. Ibarat manusia yang telah dicucuk hidungnya. Tak berdaya untuk melawan. Orang melompat, dia ikut lompat. Orang terkinja, dia ikut sama. Dunia dah jadi segala-galanya.

Tapi, itu bukan selamanya. Kita boleh betulkan balik benda ini. Tapi, kalau saya seorang, memang la tak boleh. Sebab itu, saya nak ajak awak semua, kita buat sama-sama. Buat macam yang Nabi s.a.w pernah buat.

Lihat orang muda zaman Rasulullah s.a.w. Apa yang mereka telah buat untuk agama ini.

Hinggakan Rasulullah s.a.w akhirnya menerima pandangan supaya keluar dari Madinah bukan bertahan dalam syura pada Perang Uhud, disebabkan semangat ramai orang-orang muda waktu itu yang tak sempat ikut berperang di Badar yang tak sabar nak berjihad. Juga kisah, dua anak muda, yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman Al-Auf dalam perang Badar yang berkejar-kejar untuk membunuh Abu Jahal.

Dan jangan lupa, kisah Mus’ab r.a yang sanggup jadi orang pertama berdakwah di Madinah, walaupun berseorangan. Ada banyak lagi sebenarnya kisah-kisah agung tentang mereka. Anda cari, anda kaji sendiri. Perlukan bantuan, saya boleh tolong.Insya-Allah.

Ya, mereka semuanya muda. Dan itulah kerja sebenar orang muda. Kerja untuk Islam. Seronok mereka ialah bila dapat membantu Islam, dapat tolong lajukan dakwah. Hidup mereka hanya fikir bagaimana nak sebarkan Islam. Kalau boleh, biar satu dunia dapat Islam. Ermm, bukan kalau dah, memang boleh pun!

Barulah betul kata-kata yang orang selalu sebut, ” Zaman muda hanya sekali je “. Ya, sekali sahaja, dan jadikan sekali itu hanya untuk Islam. Bukan untuk yang lain.

Huish..mesti berderau punya darah orang muda bila dengar. Bagus la kalau berderau. Buktinya anda masih orang muda.

Apa macam bro, ada berani?

Advertisements

Actions

Information

9 responses

7 06 2009
hati cerdik tanta

salam,akhi..
jadi,sekarang ni ust salman dh tua la ye..mabruk tu.. doakan kami yg masih menanti…

7 06 2009
S.Farisi

Wslm.

haih..kan ana ckp dah, ana still muda lg.enta ni.

doakan, khair insya-Allah.

7 06 2009
awiz

salam

amacam ada berani ke?
wah tercabar nih..hee..penulisan yg bersahaja tp mampu membawa mood utk berfikir..syukran akhi atas sedikit perkongsian..

paling ana suke bile tgk gmbar kwn2 kite di hira’ dulu.
terkenang~hehehe

p/s : takkan kite mau tunggu jadi org tua yg berjiwa muda.tak sama tuu.. 😛

7 06 2009
yazidsahak

salamalaik’
dah ada blog ya. bagus2 akh. tak lama lagi syarikat printing kita bleh naik la hehe. gamba ana mane takda??

tak boleh lupa kata2 ust muhaimin kat ana beberapa ketika dulu, “yazid, muallim kalau tengok zaman muda muallim, takda yang muallim sesalkan.”

8 06 2009
thaaqhib

kelapa! oh tidak! kerja orang muda

8 06 2009
S.Farisi

Kelapa? itu saya no komen. tapi, air kelapa fresh memang best~

8 06 2009
Farid Nazmi

Hehe,tulis blog ni pun kerja orang2 muda juge.mula dgn yg kecil2 andai x mampu buat yg besar2 :)kan?

8 06 2009
S.Farisi

Ya. betul tu, dr farid.

terima kasih.

15 06 2009
almubtasim

mabruk ust salman.. bestla entry nih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: