Imtihan, cuti dan Mesir.

5 06 2009

egypt

Demam imtihan dah mula kebah. Mulai semalam, sudah ada yang telah tamat ‘tempoh berkurung’. Saya pula masih ada beberapa subjek yang masih belum selesai. Apa pun, saya ucapkan selamat bercuti musim panas atau ‘soifi’ kepada kawan-kawan yang dah tak sabar nak tunaikan apa yang ditangguhkan sewaktu exam. Apa dia, itu kena tanya mereka sendiri.

Duduk dan hidup di Mesir, pada saya adalah satu nikmat dan anugerah yang tak ternilai. Itu bagi diri saya. Orang lain, wallahu ‘alam.

Kenapa saya katakan begitu?

Apa yang best sangat Mesir berbanding tempat lain?

Mungkin akan ada yang  jawap begini.

“Alaa…itu typical la. Setiap orang rasa bangga dengan tempat study masing-masing. Saya pun rasa best je study kat Malaysia ni,lagipun baru la patriotik namanya ”

“Eh..betul la. Saya pun  rasa macam best je hidup kat Mesir ni. Even ragam orang tempatan dia macam-macam. Tapi, tiap kali saya balik cuti summer di Malaysia, rasa  macam rindu je pulak kat diorang.hehe”

“hurmm…tak tau la nak  respon apa, sebab saya belum pernah fly lagi ke Mesir.huhu”

Tak mengapa. Lain orang, lain pandangan. Sebab itu saya menulis di blog ini. Nak dapatkan pandangan yang lain daripada saya. Juga yang sama.

Mesir bagi saya, bumi yang istimewanya bukan sedikit. Suasana hidup masyarakatnya yang unik, ada musim panas dan musim sejuk, ada Al-Azhar, Syeikh-syeikh tokoh dakwah, talaqqi, doktor kuliah, setiap urusan belum tentu dapat selesai pada waktu yang diingini, style pembelajaran yang tersendiri, imtihan Al-Azhar yang sangat menguji emosi dan minda dan banyak lagi.

Itu secara ringkas dan tangkap muat oleh saya tentang beberapa suasana hidup di Mesir. Saya seorang Azhari, pengalaman saya mungkin lebih banyak menggambarkan situasi di Al-Azhar. Maaf ya.

Bagi mereka yang telah sampai di sini. Saya yakin, anda tentu rindu untuk datang semula. Buat yang belum  lagi, saya sarankan agar anda mula berkira-kira untuk merancang ziarah ke sini. Banyak yang boleh kita teroka nanti di sini. Jangan risau, kosnya tidaklah semahal seperti hendak ke Eropah. Apa lagi, jemputlah datang.

Saya kongsikan di sini beberapa pemandangan yang biasa kelihatan di Mesir.

people-010

EgyptPeople01

ins+al+azhar+4

Ada ‘orang lama’ pernah sebut pada saya, di Mesir ada beberapa kalimah utama ‘ammiah Mesir yang menggambarkan ciri hidup rakyat Mesir itu sendiri.

  1. Insya-Allah wa bi-iznillah (apabila ditanya tentang sesuatu yang belum ada/terjadi)
  2. Bukroh (hari esok, biasanya didengari sewaktu berurusan di pejabat pentadbiran mereka)
  3. Ma’lesh (ucapan minta maaf, digunakan hampir pada setiap situasi)
  4. Maasyi /haadhir (bermaksud  ‘ok’, bila diminta untuk buat sesuatu)
  5. Wallahil Azim (digunakan sewaktu ingin pertahankan hujah dalam perselisihan)
  6. Buat mereka yang di Mesir, sila tambah sendiri.

Antara ciri hidup dan perwatakan diri mereka ialah simple, berani dan tegas dalam pertahankan kepentingan diri, istareh, mudah baran tapi mudah pula untuk maafkan. Betul atau tidak, itu terpulang pada anda untuk menilainya.

Ok.

Selamat  meraikan cuti anda, dan pastikan yang baik-baik sahaja. Sekian,wallahu ‘alam.

Advertisements

Actions

Information

19 responses

5 06 2009
os!

salam ya syaikhona!
mabruk.
semoga hidup lebih ceria dgn ‘perkongsian bermakna’ ini.
uhibbukum fillah.

5 06 2009
thaaqhib

salam… heh..cuba perhatikan betul2 pada peta mesir kat atas tu.. fokuskan pada sempadan mesir sudan…

anda akan dapat memperasani bahawa sempadannya amat lurus… dan ada sedikit tanah sudan yang tersembul masuk ke kawasan mesir..

oh ..saya baru tahu itu!!

geografi=pelajaran mengenai bumi dan strukturnya

5 06 2009
esfarisi

syukran atas ziarah.sila tunjuk ajar. saya masih baru lg dlm blogging.

5 06 2009
Dr.Anas MA

salam ziarah

pasti bergegar blog ni nanti inshAllah
xsabar nak baca next post

teruskan berkongsi pengalaman dakwah n harap dapat memberi motivasi n taujihat kepada ikhwah2 yang lain.

5 06 2009
ikramm

salam..mantap ust salman kita..ana setuju dengan pendangan tentang kehidupan di mesir yang penuh bermakna..cara penulisan ust santai dan agak membuat orang lain memikir..maklumlah dia ikut kursus sana sini..hehe..panulisan dia pun mcm tu la..ana suka baca penulisan ust..teruskn menulis..Allhuakbar..

5 06 2009
marsteello

salam..
1st time aku datang mesir dulu,naik bas..pastu bile nak turun,bile dah berdiri tepi pintu,pakcik bas tu tak benti2..terpakse la melompat macam tarzan je ha.sebbaik tak tergolek..

fakta ye ; aku allergic dgn pijat (br tau lepas pegi mesir)…haha

5 06 2009
esfarisi

Kepada semua. terima kasih.

5 06 2009
deqmoon

salam salman

aiseh ana tak mai mesir lagi lah. walaupun selalu keluar travel keluar jordan. ada rezeki jumpa di mesir.

maru hadiid..nama je hadiid tapi kebal lansgung..hehe

slmt berblog..salam mesra dr kami

5 06 2009
esfarisi

Ahlan ya Munir. munawwarin masr!

Enta memang kena singgah Mesir ni. dengar khabar, anta handal dlm bab travel2 ni.

7 06 2009
asad

salam..betul2..kena dtg mesir..lagi2 mansurah…hehe…

ape2 pun..mabruk ust salman..boleh la kongsi macam2 lagi lps ni.sambil santai2 di blog..

7 06 2009
S.Farisi

Ahlan ya Asad!

di Mansura, banyak sejarah.antaranya, pernah jadi laluan tentera Salahudin Ayubi bebaskan Quds. Enta patut bangga jadi orang Mansurin.

Selamat merancang cuti anda:p

7 06 2009
hati cerdik

jgn lupa singgah tanta ye…ramai tukang masak handalan kt sini..memang sebijik macam masakan kampung malaysia..hehe..insyaAllah..

7 06 2009
Cendawan

Ustaz Fuad yang pandai masak..tapi tak rasa lagi salman masak.. Selamat berbloging….Perkongsian dan isi2 yang pastinya akan menjadi jengahan pembaca…

7 06 2009
S.Farisi

Ahlan2!

Betul tu. ana tak handal sangat bab masak2 ni. so, kita serah pada ahli dia la.heh

Terima kasih sudi singgah.

7 06 2009
zuz

salam, syeikhuna akh salman,

akhirnya, berblog jua.. =)
lama tak jumpa nta. rindu nta dan ikhwah2 di sana.. Doakan ana boleh singgah ke mesir juga serta terus thabat atas jalan ini.. kirim salam ikhwah di sana..

-zayd umair-

7 06 2009
S.Farisi

Ahlan!

Ana baru belajar sikit-sikit. Ada rezki kita boleh jumpa di sini nanti.insya-Allah.

doakan kami di sini juga.

8 06 2009
thaaqhib

masih dalam pembelajaran geografi

tanpa disedari, rupa2nya, warga malaysia sudah secara muktamad terputus peluang untuk mentravel ke keseluruhan benua afrika, asia dan eropah melalui jalan darat secara pasti. Ini kerana, satu2nya jalan darat menghubungkan afrika dan asia adalah melalui palestin yang telah dirampas Israel.

Untuk makluman, para pemegang pasport merah bercop mohor kerajaan malaysia, dilarang mengadakan urusan pertukaran izin visa bersama kerajaan israel. Maka, mustahil utk kita melepasi sempadan israel dengan menggunakan khidmat paspot merah itu.

herm~terputuslah niat saya utk pulang beraya di kampung melalui jalan darat 100%. erm..

8 06 2009
S.Farisi

Anda masih berpeluang lagi, tapi kita kena selesaikan isu di ‘situ’ dulu. lps tu, bole la insya-Allah. moga generasi seterusnya berpeluang.

19 06 2009
din

salam ust..
waa..syiok baca ni..bykkan entry lagi ya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: